Hotel Horizon laksana CSR, bantu usaha tambah bekalan darah hospital

Oleh: Zacherlyn Ad

KOTA KINABALU: Hotel Horizon mengajak semua komuniti untuk tampil bersama-sama untuk menyertai program derma darah bagi menyokong usaha meningkatkan bekalan darah negeri.

Acara yang bakal berlangsung pada 27 Jun bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang itu adalah anjuran bersama KPJ Sabah Specialist Hospital dan Unit Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Nur Idayu

Pengurus Jualan dan Pemasaran Hotel Horizon, Nur Idayu Bujang memberitahu bahawa usaha itu adalah dijalankan dibawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Kita ingin menyokong usaha pihak hospital dalam mengumpul bekalan darah bagi memastikan ianya mencukupi untuk keperluan mereka yang memerlukan.

“Sesungguhnya, setiap beg darah yang didermakan mampu memberi harapan baru kepada individu atau pesakit yang amat memerlukan bagi proses rawatan.

“Kita yakin usaha kecil ini mampu memberi kesan besar dalam mendidik dan mengajak komuniti setempat untuk sedar akan kepentingan menderma darah,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sebuah kenyataan, di sini pada Rabu.

Menurut beliau, program itu turut dilaksanakan bagi menggalakkan penyertaan sukarelawan sekaligus mengukuhkan aktiviti kesukarelawan dalam kalangan kakitangan dan komuniti yang terlibat.

“Kita satukan komuniti dalam usaha murni ini dengan mengajak semua dari pelbagai latar belakang, demi untuk menyelamatkan nyawa,” jelasnya lagi.

Selain itu, untuk memberi galakan kepada komuniti yang hadir sebagai penderma, pihak hotel akan memberikan hadiah percuma.

“Kita juga sediakan kemudahan parkir percuma sepanjang tempoh program derma darah ini berlangsung,” ujar beliau lagi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh berhubung dengan pihak hotel di talian 088518000 atau melalui aplikasi Whatapps di talian 0125822188 dan 0128382081.

Tinggalkan komen