PETRONAS bantu mangsa kebakaran di Sandakan

KOTA KINABALU: PETRONAS tampil menyalurkan sumbangan sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan baru-baru ini.

Pek bantuan kepada mangsa kebakaran itu akan diagihkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Antara barang yang disediakan dalam pek bantuan kepada mangsa adalah air minuman, selimut, tuala mandi,

barangan mandian, tuala wanita, peralatan dapur, tisu basah bayi, serta beg sampah.

Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Datuk Siti Ayu Abdul Wahab menyerahkan sumbangan itu kepada Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan

Ketua Menteri, Datuk Awang Shahminan Datuk Awang Sahari, yang juga Setiausaha JPBN, di depot Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah, hari ini.

Terdahulu, satu penyerahan simbolik telah diadakan bersama Presiden MPS, Datuk Walter Kenson, yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Operasi JPKA, Asnah Kasim.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga yang terkesan.

PETRONAS akan terus bekerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” kata Siti Ayu.

Tahun lepas, PETRONAS telah menyumbang kira-kira RM1.1 juta bagi menyokong usaha bantuan bencana di seluruh Sabah.

“Setakat tahun ini, PETRONAS telah menyumbang sebanyak RM398,000 kepada inisiatif berkenaan,” ujar beliau lagi.

Tinggalkan komen