Kelab Sukan dan Rekreasi SAFMA sertai kejohanan pickleball Piala Jubli Emas KPD 2026

KOTA KINABALU: Kelab Sukan dan Rekreasi SAFMA menyertai Kejohanan Sukan Pickleball Piala Jubli Emas Koperasi Pembangunan Desa (KPD) 2026 yang berlangsung hari ini.

Pasukan itu diketuai pengurus, Nurfaezah Omar, bersama para peserta yang mewakili Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA).

Sebanyak enam pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan itu, iaitu SAFMA, MAFFI, Jabatan Perikanan Sabah (DOF), KO-NELAYAN, KPD dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Penyertaan ini menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan dan semangat kesukanan antara agensi, selain menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan warga kerja.

Tinggalkan Jawapan