Lebih 1juta buku kembali ke BBW Kota Kinabalu

Oleh: Zacherlyn Ad

KOTA KINABALU: Big Bad Wolf Books kembali ke Kota Kinabalu dengan membawa lebih sejuta buku untuk semua ulat buku di Sabah.

Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Sabah, Yee Tsai Yiew, berkata inisiatif itu membantu menjadikan buku lebih mudah diperoleh pada harga berpatutan, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai keluarga untuk membudayakan amalan membaca.

BBW 2027 turut membawakan kemunculan Mr Wolfy

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bagi pihak Ketua Menteri pada majlis perasmian Big Bad Wolf Books Kota Kinabalu 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

“Apabila kita menggalakkan anak-anak membaca, kita membantu mereka berfikir, bertanya, berimaginasi dan meneroka pelbagai kemungkinan dalam kehidupan,” katanya.

BBW berlangsung di perkarangan SICC bermula 30 Oktober sehingga 9 November

Menurutnya, buku mampu meninggalkan kesan mendalam dan mengubah cara seseorang melihat dunia. 

“Usaha menyokong pendidikan serta pembelajaran sepanjang hayat perlu terus diperkukuh.

Yee turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan inisiatif yang menyokong pendidikan dan pembangunan komuniti, selain berharap usaha seumpama itu dapat diperluas ke seluruh Sabah.

Selain itu, Yee turut menyambut baik penganjuran jualan buku itu yang berlangsung serentak dengan BIGSABAH Sale 2026, sekali gus dijangka menarik lebih ramai pengunjung ke Kota Kinabalu dan menyokong ekonomi tempatan.

Big Bad Wolf Books Kota Kinabalu 2026 berlangsung di SICC bermula 30 Oktober hingga 9 November dengan potongan diskaun menarik.

Pengunjung yang membuat pembelian buku juga turut berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menyajikan hadiah utama berupa jongkong emas seberat 10gram dan pelbagai hadiah menarik lain lagi.

Jom kita pergi BBW!

Tawaran harga menarik bermula serendah RM3 dan diskaun istimewa bagi guru dan pelajar juga turut disediakan.

Jadi, tunggu apa lagi, jom kita kunjungi BBW dan beli pelbagai buku menarik.

Jumpa anda di sana!

Tinggalkan Jawapan