KUALA LUMPUR: Sempena Hari Otak Sedunia 2026, seramai 30 doktor dan profesional penjagaan kesihatan telah bergabung tenaga dalam satu inisiatif khas yang disokong oleh Enfagrow A+ untuk berkongsi 30 fakta menarik tentang perkembangan otak kanak-kanak dalam tempoh 30 hari.
Kempen pendidikan itu bertujuan membantu ibu bapa memahami aspek saintifik yang menakjubkan di sebalik gelagat harian anak-anak mereka.
Pakar menjelaskan bahawa asas terpenting untuk pembelajaran, komunikasi, penyelesaian masalah, dan perkembangan emosi mula terbentuk secara pesat pada peringkat awal usia.
“Menjelang usia dua tahun, otak kanak-kanak dilapor sudah mencapai kira-kira 80 peratus daripada saiz otak orang dewasa, manakala satu juta hubungan saraf baharu mampu terbentuk pada setiap saat.
“Fakta-fakta sains ini menjelaskan beberapa tabiat biasa kanak-kanak seperti suka meniru perbuatan orang dewasa, menjatuhkan mainan untuk memahami hubungan sebab dan akibat, serta perubahan emosi mendadak yang berlaku akibat korteks prefrontal mereka yang masih belum matang,” kongsi Enfagrow A+
Selain rangsangan melalui aktiviti bermain dan interaksi harian, kumpulan pakar berkenaan turut menekankan kepentingan pemakanan.
Rangsangan minda perlu disokong oleh nutrien kritikal seperti Docosahexaenoic Acid (DHA) yang menjadi komponen utama fungsi otak, serta Milk Fat Globule Membrane (MFGM) yang membantu mempercepatkan hubungan antara sel saraf.
Sempena pelancaran kempen ini, Enfagrow A+ turut menganjurkan peraduan eksklusif buat komuniti di Sabah dan Sarawak bermula 1 Oktober hingga 20 Disember 2026.
Para peserta dari Kepulauan Borneo yang bertuah bakal memenangi peluang ke sesi bertemu dan beramah mesra secara eksklusif bersama penyanyi tempatan terkenal yang juga seorang ibu selebriti, Adira Suhaimi, di Sabah pada tahun 2027.
Adira, ketika mengulas mengenai inisiatif ini, bersetuju bahawa detik-detik ringkas ketika membesarkan anak amat bermakna dalam proses tumbesaran mereka.
“Kadang-kadang momen yang paling simple itulah yang membuat saya tersenyum sampai sekarang,” kongsi Adira, merujuk kepada interaksi harian anak-anak yang sebenarnya mencerminkan proses perkembangan minda yang luar biasa.
Bagi keluarga di Sabah dan Sarawak yang ingin menyertai peraduan ini atau mahu mengikuti perkongsian siri 30 Fakta Otak oleh para profesional, anda boleh melayari laman Facebook rasmi Enfagrow A+ Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut, terma, dan syarat penyertaan.
