Perlu pastikan kompleks perikanan sentiasa bersih: SAFMA

Oleh: Zacherlyn Ad

KOTA KINABALU: Warga kerja Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) diseru untuk sentiasa memastikan kompleks perikanan SAFMA sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.

Pengurus Besarnya, Burhan Japar berkata, kebersihan kompleks itu dapat dipelihara dengan adanya komitment jitu serta rasa tanggungjawab dalam kalangan semua warga kerja dan pengguna kompleks.

“Untuk tujuan itu, kita bergotong-royong membersihkan Kompleks Perikanan SAFMA dan usaha ini sebenarnya perlu diteruskan sebagai sebuah komitment berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir dalam program gotong-royong warga SAFMA di sini, pada Sabtu.

Menurut Burhan, kerjasama semua pihak adalah kunci bagi memastikan kompleks tersebut sentiasa bersih, kemas dan selesa.

“Untuk itu saya tekankan kepada semua warga SAFMA untuk ambil berat soal kebersihan dan usaha untuk memastikan kebersihan itu dalam keadaan terbaik pada setiap masa.

“Semua warga kerja perlu bersatu dan bekerjasama menjaga kebersihan kompleks. dan hal ini sebenarnya bukan sekadar untuk aspek kebersihan, tetapi juga keharmonian bersama semua warga dan pengguna kompleks ini.

“Sudah pasti kita mahu bekerja dalam suasana dan persekitaran yang bersih dan selesa” jelasnya lagi.

Tinggalkan Jawapan