TYT Sabah kunjungi Pavilion Sabah di MAHA 2026

SERDANG: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa Aman, meluangkan masa mengunjungi Pavilion Sabah di MAHA 2026 yang berlangsung di MAEPS.

Tuan Yang Terutama turut merakam kenangan bersama Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar, Pengurus Besar SAFMA Burhan Japar, serta ahli lembaga pengarah SAFMA.

Dalam pada itu, Tuan Yang Terutama juga turut berbual dan meramah mesra bersama para peserta di Pavilion Sabah semasa kunjungan tersebut, sekaligus mencerminkan sokongan dan perhatian Tuan Yang Terutama Sabah terhadap usaha memperkenalkan serta mempromosikan produk pertanian dan perikanan Sabah, termasuk Ikan Rakyat Sabah yang diketengahkan SAFMA di MAHA 2026.

Tinggalkan komen