Oleh: Sumayyah Rihanna
KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, hari ini menyerahkan beberapa keping gambar rasmi berkumpulan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Aman, kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Penyerahan gambar tersebut adalah sempena perasmian sidang DUN Sabah penggal ke-5 tahun 2025, yang juga merupakan sidang pertama dirasmikan oleh Tun Musa Aman sejak dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Dalam masa sama, sidang kali ini turut mencatatkan sejarah sebagai perasmian terakhir bagi penggal DUN Sabah ke-16.
Turut hadir menyaksikan penyerahan itu ialah Setiausaha DUN Sabah, Rafidah Maqbool Rahman serta beberapa pegawai DUN.
