Kongsi juadah sahur, Program Singgah Sahur dekati warga kota

Oleh: Zacherlyn Ad

KOTA KINABALU: Yourh Power Club Kota Kinabalu berkongsi juadah sahur melalui Program Singgah Sahur sekaligus mendekati warga kota di sini, pagi tadi.

Petugas hospital turut menerima juadah sahur pagi tadi

Antara lokasi tumpuan dan edaran juadah itu adalah Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1), Balai Polis Kota Kinabalu serta Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu di Sembulan serta sekitar kawasan bandar.

Berkomgsi juadah sahur bersama petugas bomba

Acara tahunan itu dilaksanakan bagi menyantuni para petugas kesihatan, pasukan keselamatan dan golongan gelandangan khususnya semasa bulan Ramadan.

Singgah berkongsi juadah sahur bersama anggota polis yang bertugas

Turut sama dalam program itu ialah Wanita, Pemuda dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Likas.

 “Ini adalah tanda penghargaan kecil kami kepada petugas barisan hadapan dan semoga usaha untuk membantu sesama kita, dapat diteruskan, insyaAllah.

“Usaha ini juga adalah antara langkah yang kami ambil untuk mendidik ahli-ahli kami supaya sentiasa peka dan ambil peduli dengan keadaan sekeliling, serta menyemai nilai murni untuk saling berkongsi dan bermurah hati di bulan mulia ini,” kata Ketua Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Likas, Halizah Din.

Berkongsi rezeki di bulan mulia bersama warga kota

Turut sama dalam program tersebut ialah Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Likas Syamee Mohd Ron, Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Likas Noor Azee Ashikeen Asngari dan Adem Firdaus Mohd Bahrin.

Tinggalkan komen