Penganggur didenda RM25, kesalahan berulang muat naik kandungan jelek dan menghina

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang merupakan penganggur mengaku bersalah atas pertuduhan menghina dan menjejaskan imej melalui pesanan aplikasi Whatapps serta memuat naik komen jelik terhadap seorang seorang suri rumah, Siti Noor Liyana Abd Latif Beldram, 37.

Tertuduh, Luisa Luis, 27 mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali hari ini.

Beliau didenda RM25 dibawah Seksyen 8(1)(b) dibawah Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil dan turut diingatkan agar tidak mengulangi lagi kesalahan tersebut.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Ram Singh mengaku bersalah terhadap satu daripada dua pertuduhan yang dibacakan semasa hadir di kandang tertuduh.

Minggu lalu, 27 Februari, Luisa juga turut dikenakan denda yang sama, bagi kesalahan yang serupa selepas pertuduhan asal Seksyen 506 Kanun Keseksaan diturunkan kepada Seksyen 8(1)(b) dibawah Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukkan denda sebanyak RM25.

Bagi kesalahan tersebut, Luisa dikenakan pertuduhan selepas membuat ugutan bunuh kepada Siti Noor Liyana.

Berdasarkan rekod, pada 10 Jun 2024, Luisa turut didenda sebanyak RM5,000 dibawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, oleh Mahkamah Sesyen selepas beliau mengaku bersalah kerana menghantar komen jelik terhadap bekas Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan di ruangan komen media sosial Facebook milik beliau pada 30 April.

Pada tarikh yang sama, Luisa juga didenda sebanyak RM3,000 dibawah seksyen 509 Kanun Keseksaan yang sama oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku mengaibkan kehormatan Fairuz dengan menggunakan perkataan kesat melalui aplikasi WhatsApp pada 6 April.

Pada 28 Jun 2024, Luisa kemudian juga didenda sebanyak RM3,800 dibawah seksyen 509 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan sama yang berulang.

Tinggalkan komen