Oleh: Zacherlyn Ad
KOTA KINABALU: Horizon Hotel melalui insiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) hari ini meraikan dan berkongsi kemeriaahan Ramadan bersama 23 pelajar daripada Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah.
Pengurus Besar Horizon Hotel, Stella Chong berkata inisiatif itu adalah usaha untuk menyumbang kepada masyarakat dan pembangunan komuniti.
“Ini adalah sebuah komitmen berterusan pihak hotel dan diharap memberi makna kepada semua.
“Kita sentiasa berusaha untuk berkongsi dan memberi sinar kepada mereka yang memerlukan di luar sana,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Iftar Bersama Pertubuhan Bayu Raudhah, di sini, hari ini.
Horizon Hotel turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada pertubuhan itu.
Dalam pada itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah, Mohd Ali Osman berkata, pertubuhan itu menyediakan pendidikan percuma kepada anak yatim dan asnaf.
“Kita perlukan sokongan semua pihak untuk menjalankan usaha ini dan kita juga memberikan sumbangan kepada keluarga asnaf.
“Kami berharap, sumbangan dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak yang prihatin selama ini, melalui infak, akan menjadi besar manfaat dan berpanjangan pahala kepada semua pemberi yang berkongsi kebahagiaan kepada anak-anak ini dalam membina masa depan mereka,” katanya.
Horizon Hotel turut memperkenal bufet ‘Selera Kita’ sepanjang Ramadan bermula daripada pukul 6 petang hingga 9.30 malam, sehingga 18 Mac.
Tetamu boleh menikmati harga istimewa dengan pakej pembelian awal dengan harga RM98 sehingga 28 Februari.
Selain itu, Horizon Hotel turut melanjutkan hidangan Dim Sum sehingga pukul 8.30 malam setiap hari sepanjang bulan Ramadan.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, anda boleh menghubungi talian 0168929881 atau 0165822188.
