SPR terima writ isytihar bubar DUN Sabah

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya berhubung pembubaran DUN Sabah ke-16, semalam.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata hal itu adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 21 Fasal (4)x Perlembagaan Negeri Sabah.

“Suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut.

“Untuk itu, pihak SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Oktober ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurut beliau, mesyuarat khas itu juga bakal membincangkan perkara-perkara lain berkaitan PRU Dewan Undangan Sabah ke-17.

Tinggalkan komen