Polis Marin rampas 79,000 batang rokok seludup

Oleh: Sumayyah Rihanna

SANDAKAN: Cubaan menyeludup rokok tidak bercukai gagal apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan, Wilayah 4 Sabah berjaya merampas 79,000 batang rokok bernilai hampir RM95,000 dalam satu operasi di Kampung Combo Laut, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim berkata, serbuan dijalankan sekitar pukul 3.05 petang hasil risikan yang membawa kepada penemuan sebuah rumah di perkampungan atas air dijadikan tempat simpanan rokok seludup.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya dalam sebuah kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penyeludupan yang menjejaskan ekonomi negara dan kesejahteraan masyarakat.

“PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat orang awam bagi membantu membanteras aktiviti penyeludupan di kawasan perairan,” katanya.

Tinggalkan komen