Suami orang dan janda ditahan dalam ops bersepadu ambang merdeka

Oleh: Sumayyah Rihanna

LAHAD DATU: Tiga pasangan ditahan termasuk seorang suami orang bersama pasangannya seorang janda dalam Ops Bersepadu sempena malam kemerdekaan, malam tadi.

Serbuan dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bersama PDRM dan Jabatan Imigresen membabitkan pemeriksaan 10 hotel dengan lebih 60 bilik diperiksa.

Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Lahad Datu, Ustaz Mardi Ariffin berkata antara barang yang dirampas termasuk kondom, tisu magik dan cecair pelincir.

Kes disiasat mengikut Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah No. 3/1995 yang membawa hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara setahun.

Semua suspek dibawa ke IPD Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

Tinggalkan komen