Oleh: Sumayyah Rihanna
LAHAD DATU: Polis menahan lima individu dalam satu serbuan di sebuah hotel di sini malam tadi selepas disyaki terbabit dengan kegiatan pelacuran.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata, serbuan kira-kira pukul 9.30 malam tadi dilakukan menerusi Ops Noda oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah.
“Mereka yang ditahan berusia 18 tahun terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita.
“Siasatan awal mendapati kegiatan ini dipercayai bermula sejak Mei lalu dengan menggunakan aplikasi MiChat bagi mencari pelanggan, dengan bayaran antara RM150 hingga RM300 bagi setiap langganan,” katanya.
Menurut beliau, polis turut merampas telefon pintar, kondom, resit hotel serta kunci bilik yang digunakan dalam aktiviti berkenaan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 372A/372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
