Objek disyaki bom tinggalan Perang Dunia II ditemui

Oleh: Sumayyah Rihanna

LAHAD DATU: Polis mengesahkan penemuan satu objek dipercayai bom lama jenis Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb di tebing Sungai Segama, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata, bom berkenaan ditemui seorang penduduk berusia 52 tahun ketika sedang menjala ikan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati objek tersebut berukuran kira-kira 40 sentimeter lilit, panjang 30 sentimeter dan dianggarkan seberat 500 lbs.

“Siasatan lanjut mengesahkan ia dipercayai bom buatan British yang ditinggalkan sejak zaman Perang Dunia Kedua,” jelasnya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menghampiri kawasan penemuan itu sementara menunggu tindakan pelupusan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Kontinjen Sabah.

Tinggalkan komen