Oleh: Sumayyah Rihanna
LAHAD DATU: Seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun dicekup polis kerana disyaki merogol remaja perempuan berusia 16 tahun itu di sebuah rumah.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail, laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa dan mangsa juga mengaku telah dipaksa dan diugut untuk melakukan hubungan seks lebih dari sekali oleh suspek.
“Suspek ditahan semalam pada pukul lebih kurang 1.15 petang di perkarangan IPD Lahad Datu.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga disebat jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan media.
