Pelari wanita maut dirempuh pemandu mabuk

Oleh: Sumayyah Rihanna

TAWAU:  Seorang wanita yang parah selepas dirempuh pacuan empat roda dipandu lelaki disyaki mabuk pada 9 Ogos lalu, disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Mangsa, Darna Tajudin, 41, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.37 pagi ketika dirawat di Hospital Tawau.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superitendan Champin Piuh, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

“Jika disahkan akibat dirempuh pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 malam, 9 Ogos lalu, Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 57 tahun melanggar belakang sebuah Perodua Alza sebelum terbabas dan merempuh mangsa yang sedang berlari bersama rakan di Batu 9, Jalan Apas.

Tinggalkan komen