Oleh: Zacherlyn Ad
KUALA LUMPUR: Samsons bakal mengubat kerinduan peminat setia mereka di seluruh negara dengan Samsons Live in Malaysia ‘Kenangan Terindah’ yang bakal berlangsung di Idea Live Arena, 3 Damansara, Petaling Jaya, Selangor, pada 9 November ini.
Kumpulan pop rock terkenal Indonesia itu bakal mengembalikan memori terindah peminat dengan lagu-lagu seperti Kenangan Terindah, Naluri Lelaki, Akhir Rasa Ini, Bukan Diriku dan Rayu.
Peminat setia Samsons boleh mula membuat pembelian tiket dan pakej ekslusif bermula daripada RM154, melalui laman sesawanf Ticket2U (www.ticket2u.com) dan Fantopia (www.fantopia.app).

Bagi peminat yang inginkan pengalaman lebih istimewa boleh memilih pakej VVIP All Access + Barangan Eksklusif atau Meet & Greet bagi peluang bertemu Samsons secara dekat dan membawa pulang kenangan peribadi yang tidak ternilai.
Tempat terhad, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk kembali dalam Kenangan Terindah bersama Samsons.
‘Kenangan Terindah’ dibawakan oleh penganjur rasmi, Orlaith Inc dan untuk maklumat lanjut, anda boleh berhubung dengan penganjur rasmi di alamat Suite 43-1, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi pengajur di talian seperti berikut: –
Azam Ismail Bakri | +6019 270 4051 | azam@orlaithinc.com
Suziyana Natasya | +6019 208 2136 | suziyana@orlaithinc.com
Syazmin Asyraff | +6013 317 6035 | syazmin@orlaithinc.com
Teartika Abd Rashid | +6011 6932 8438 | teartika@orlaithinc.com
Jom ramai-ramai kita meriahkan ‘Kenangan Terindah’.
Jumpa di sana!
