KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Negeri Parti Pejuang Tanahair Sabah, Razif Abdillah menyeru pihak bertanggungjawab untuk pengurusan lebih efisien dalam mengendalikan kes arwah Zara Qairina Mahathir.
“Sudah tiga minggu kes kematian melibatkan arwah Zara namun sehingga kita keadaan masih samar untuk kita melihat potensi siapakah yang terlibat melakukan perkara yang disifatkan sebagai kejam dan tidak berhati perut ini kerana ia melibatkan pelajar sekolah menengah.
“Jika kita lihat dari kronologi umum kes ini, terlalu banyak kecurigaan yang seharusnya pihak berwajib berikan jawapan atau kefahaman kepada umum dan kita sebagai umum menyahut gesaan daripada pentadbir agar tidak memberikan sebarang spekulasi mahupun andaian agar tidak menganggu perjalanan kes.
“Ingin saya nyatakan mewakili marhaen disini, kami bukan beriniat untuk mencampuri urusan siasatan tetapi kes ini adalah kepedulian untuk masyarakat umum,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sebuah kenyataan media, di sini, hari ini.
Menurut beliau ketelusan dalam siasatan kes arwah perlu kerana jika keadilan gagal dibuktikan, masyarakat akan mempersoalkan sistem keadilan negara.
“Jika ianya menunjukkan kelemahan untuk dirungkai, maka secara tidak langsung ia akan menimbulkan curiga mahupun ketakutan kepada mereka yang masih mempunyai anak disana, ataupun ibu bapa lain yang ingin menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah asrama penuh.
“Kalau perlu kita imbas kembali perjalanan kejadian, dipercayai kes berlaku pada pukul 3 pagi dan mayat ditemui didalam longkang.
“Umum akan bertanya siapa yang jumpa? Adakah warden atau pelajar? Ada juga yang membuat andaian bahawa adik Zara ini terjatuh daripada Tingkat 3. Siapa yang Nampak? Ada saksi atau tidak? Dan mana rakaman kamera litar tertutup?,” katanya lagi.
Tegas beliau, pihak berwajib perlu menggunakan semua sumber untuk membongkar kebenaran kes.
“Maka itu jika saya boleh mengesyorkan, pihak berwajib ambil lah sebarang maklumat daripada mana2 sumber sekalipun untuk membantu penyiasatan dan jangan klasifikasikan ianya sebagai menganggu kerana tidak ada satu orang daripada masyarakt sekalipun inginkan kes diganggu.
“Saya dan rakan-rakan Pejuang juga tidak mengambil kepedulian ini sebagai modal politik, malah saya ingin menyampaikan kepada semua pihak, tidak mengira parti politik, NGO, korporat mahupun individu agar sentiasa cakna dalam perjalanan kes ini sebab kerisauan kita adalah, jika kes ini berjalan dengan mode senyap, lama-kelamaan ia mungkin tenggelam.
“Namun kita tidak nafikan, ketiadaan “progress” yang begitu meyakinkan telah menyebabkan pelbagai pihak melontarkan ketidakpuashatian kepada beliau selaku Menteri yang bertanggungjawab,” jelasnya lagi.
