Tiada bedah siasat sebelum pengkebumian, laporan siasatan lemah: Peguam

KOTA KINABALU: Peguam kepada Noraidah Lamat, iaitu ibu arwah Zara Qairina Mahathir, mempersoal laporan siasatan yang diterima oleh Jabatan Peguam Negara terutamanya kerana tiada sebarang bedah siasat dilakukan sebelum jenazah dikebumikan.

“Ada kelemahan serius dalam laporan siasatan kes arwah Zara Qairina ini.

“Siasatan yang dijalankan terlalu dalam skop kecil, terhad dan fokus kepada faktor penting, diketepikan, tidak dipandang serius,” kata peguam, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri dalam sebuah kenyataan di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu juga, peguam berkata, barang peribadi serta pakaian arwah Zara Qairina yang ditemui di bawah bangunan asrama, 16 Julai lalu, turut tidak diambil pihak polis bagi tujuan siasatan

“Keterangan anak guam kami tentang kesan lebam di bahagian belakang tubuh arwah Zara Qairina cuma diambil pada sebelah petang, 3 Ogos dan 4 Ogos lalu, di Balai Polis Sipitang,” katanya lagi.

“Selain itu, pihak polis dipercayai tidak mempunyai bahan bukti yang cukup bagi siasatan kes kerana tiada laporan forensik bedah siasat dan tiada pengambilan pakaian dan barang peribadi mangsa.

“Hal ini juga kerana wujud kekangan masa kerana laporan siasatan kes telah dihantar ke Putrajaya pada Isnin (4 Ogos),” jelas kenyataan itu lagi.

Tinggalkan komen