Lima cedera dalam kemalangan van terbabas di Kampung Bayangan

Oleh: Sumayyah Rihanna

KENINGAU: Lima orang cedera selepas sebuah van Toyota Hiace yang dinaiki mereka terbabas sendiri berhampiran Restoran Puncak Damai, Kampung Bayangan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 11.38 malam, dua lelaki dan tiga wanita dewasa dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

Komander Operasi, PBK I Norhasrita Manan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.38 malam sebelum menghantar sembilan anggota bersama satu jentera FRT dan EMRS ke lokasi sejauh tujuh kilometer.

“Sebaik tiba, anggota bomba bertindak membuka kepala bateri van untuk elak risiko kebakaran selain memberikan rawatan awal kepada tiga mangsa wanita,” katanya.

Dua mangsa lelaki sudah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum bomba tiba, manakala tiga wanita berusia antara 17 hingga 27 tahun dibawa ke Hospital Keningau menaiki jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

Operasi disahkan terkawal pada pukul 10.55 malam dan ditamatkan sepenuhnya pukul 11.00 malam.

Tinggalkan komen