1,500 warga pendidik dan pesara sertai Seminar Rancakkan Madani

Oleh: Zacherlyn Ad

PENAMPANG: Seramai 1,500 orang pesara guru dan warga pendidik dari sekitar Kota Kinabalu turut serta dalam Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Rancakkan Madani yang berlangsung di sini, har

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, seminar itu selaras dengan intipati Madani yang terkait dengan soal kemampuan, keupayaan dan nilai serba boleh yang mudah difahami.

“Ini seiring dengan agenda Malaysia Madani yang fokus kepada kemampanan ekonomi dan alam sekitar, daya cipta termasuk daya fikir dan daya saing, serta nilai kerohanian, ihsan, insani, integriti dan inklusiviti,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa hadir merasmikan seminar itu, di sini, hari ini.

Seminar itu juga dianjurkan bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik di samping mengukuhkan kefahaman peserta terhadap dasar-dasar kerajaan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Datuk Dr. Roslan Hussin dan Pengarah AKM Sabah, Datin Shonitah Terang.

Tinggalkan komen