KOTA KINABALU: Orang ramai diminta agar menunggu hasil siasatan lanjut berhubung kes pelajar Zara Qasrina yang meninggal dunia di SMA Tun Datu Mustafa Limauan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dalam kenyataannya hari ini memberitahu bahawa pihaknya sedang dalam siasatan menyeluruh.
“Kita mohon agar orang ramai bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi sementara menunggu hasil siasatan lanjut.
“Sesungguhnya kita akan terus menjalankan siasatan menyeluruh secara telus,” katanya.
Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu di SMA Tun Datu Mustafa Limauan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama.
