Oleh: Sumayyah Rihanna
LAHAD DATU: Dua lelaki, seorang warga tempatan dan seorang warga Indonesia, masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Lahad Datu selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis syabu, Mac lalu.
Adahar Zaini, 38, dan Hendrikus Herman, 28, ditahan 22 Mac 2025 di kawasan tepi jalan Kampung Panji bersama syabu seberat 32.63 gram.
Mereka sebelum ini berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 tetapi dipinda ke Seksyen 39A(2) selepas laporan kimia diperoleh.
Hakim Yang Arif Suhaila Selag memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan 22 Mac 2024.
Hendrikus akan diserahkan kepada pihak Imigresen selepas tamat hukuman.
