Oleh: Sumayyah Rihanna
LAHAD DATU: Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Lahad Datu atas pertuduhan memiliki 191.5 liter air ketum di rumah sewanya, bulan lalu.
Mohd Nasir Sulaiman, 43, didakwa memiliki air ketum di Taman CL, Jalan Asam pada 22 Jun 2025.
Pertuduhan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Hakim Yang Arif Suhaila Selag membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.
Kes akan disebut semula 25 Ogos ini untuk perbicaraan.
