Oleh: Zacherlyn Ad
KOTA KINABALU: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor meminta semua ahli jawatan kuasa dan jentera penerangan parti untuk mula mengaktifkan jentera di semua peringkat.
“Inilah yang kita minta mereka supaya aktifkan semua jentera ini, di semua peringkat.
“Hari ini kita mulakan dengan berjumpa bersama semua Ketua-Ketua Penerangan Parti daripada setiap bahagian, di semua peringkat dan terangkan kepada mereka bahawa keperluan utama masa ini adalah fokus kepada perjuangan parti.
“Kita mahu rakyat tahu apa yang dilakukan dan dilaksanakan oleh kerajaan hari ini dan inilah yang perlu kita terangkan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir dalam Program Seminar Penerangan ‘Gasak17’: Inilah Masanya #KitaJagaSABAH! #RumahKitaKitaJaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.
Ketika ditanya berkenaan jangkaan bagi pengajuran persidangan tahunan, Hajiji memberitahu bahawa sebarang penjelasan akan dikongsikan selepas tamat persidangan.
Seramai 400 orang ahli parti terdiri daripada ahli jawatan kuasa dan Ketua-Ketua Penerangan sayap di semua bahagian hadir dalam seminar itu.
