Padah ugut dan cederakan warga emas, lelaki ditahan polis

Oleh: Sumayyah Rihanna

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 64 tahun selepas disyaki mengugut dan mencederakan seorang warga emas di Jalan Padang Bola, Kampung Wallace Bay, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata kejadian berlaku apabila mangsa yang berusia lewat 60an tiba-tiba diserang ketika melalui kawasan berkenaan sehingga mengalami kecederaan di leher selain turut diugut dengan kata-kata ancaman.

Mangsa yang bimbang keselamatan dirinya kemudian membuat laporan polis sebelum sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau menahan suspek bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.

Tinggalkan komen