Curi simpanan warga emas, dua remaja dicekup polis

Oleh: Sumayyah Rihanna

TAWAU: Polis menahan dua remaja perempuan berumur antara 13 hingga 15 tahun selepas dipercayai terlibat mencuri wang simpanan seorang warga emas di kawasan Umas, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata mangsa menyedari kehilangan wang di rumahnya sebelum memaklumkan anaknya untuk membuat laporan polis.

“Hasil tindakan pantas, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau berjaya menahan kedua-dua remaja terbabit yang dipercayai dikenali mangsa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya. 

Tinggalkan komen