GRS perlu kemenangan majoriti untuk mukmatadkan jawatan Ketua Menteri dua penggal: Armizan

Oleh: Zacherlyn Ad

PAPAR: Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan bahawa parti itu perlu memperoleh kemenangan besar melebih 2/3 majoriti bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bagi memastikan keputusan jawatan Ketua Menteri berterusan selama dua penggal dapat dimuktamadkan.

“Ini pentint untuk memastikan ikhtiar dalam manifesto ini dapat diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelak.

“Sebagai contoh, di bawah teras ‘Sabah United’, ikhtiar bukan hanya ditumpukan kepada usaha mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, tetapi juga komitmen semua rakyat Sabah untuk membina tadbir urus/governan yang lebih baik.

“Dan antara inti pati di bawah ikhtiar ini adalah menetapkan had pentadbiran Ketua Menteri kepada dua penggal secara berterusan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sebuah sidang media di sini, malam tadi.

Menurut Armizan, syor itu telah diputuskan oleh Kabinet Negeri GRS + Pakatan Harapan (PH) Plus pada bulan Disember 2023.

“Reformasi ini memerlukan kepada pindaan kepada Perlembagaan Negeri yang memerlukan kelulusan 2/3 ahli dewan.

“Kerana itu, penting untuk GRS menang dan kita mohon pada semua, berikan peluang kepada GRS untuk terus mentadbir dan mengubah hala tuju Sabah, insyaAllah,” ujar beliau lagi.

Tinggalkan komen