Pertandingan golf amal tertutup, bantu kutipan dana alat hemodialisis

Oleh: Sumayyah Rihanna

LAHAD DATU: Satu Pertandingan Golf Amal Tertutup akan diadakan pada 20 Julai ini di Lahad Datu Golf Club & Country Club dengan penyertaan pelbagai wakil agensi kerajaan, swasta serta orang perseorangan dari seluruh negeri.

Pengerusi Penganjur yang juga Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, pertandingan tersebut bertujuan mengumpul dana bagi membeli alat hemodialisis dan membantu pelbagai tujuan kebajikan lain.

“Pertandingan ini diadakan khusus untuk mengumpul dana membeli peralatan hemodialisis dan menyokong pelbagai inisiatif kebajikan lain demi manfaat masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas yang diadakan di Club Golf Lahad Datu pada malam Selasa.

Acara tersebut akan turut diserikan dengan pertandingan Unduk Ngadau Golf Amal, persembahan artis jemputan dan pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari.

Turut hadir, Yang Dipertua Asean Chamber of Commerce & Industry (ACCI) Sabah Chapter, Datuk Nordin Ening bersama barisan Ahli Jawatankuasa Penganjur.

Tinggalkan komen