Penjara 11 tahun, lima sebatan kepada perogol kanak-kanak

Oleh: Sumayyah Rihanna

LAHAD DATU: Seorang lelaki dipenjara 26 tahun dan lima kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Lahad Datu selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan bawah umur, Ogos tahun lalu.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berumur 11 tahun 11 bulan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Segama Lahad Datu, antara pukul satu tengah hari hingga pukul tiga petang, pada 18 Ogos 2024.

Kes ini melibatkan Timbalan Pendakwaraya, Ng Juhn Tao dan Hakim, Suhailla Selag.

Tinggalkan komen