Oleh: Zacherlyn Ad
KOTA KINABALU: Hampir 1,000 pengunjung hadir memeriahkan lapan slot tayangan filem Oppa yang berlangsung selama dua hari tayangan bermula Sabtu lalu.
Filem ‘Oppa’ mengisahkan perjalanan seorang guru yang terpedaya dengan sindiket penipuan atau ‘scammer’ dengan mempergunakan modal cinta.
Tayangan selama dua hari yang berakhir Ahad itu berlangsung di Marina Sutera Habour Resort dan nyata mendapat maklumbalas positif.
Hadir sama ialah Presiden Persatuan Inspirasi Sabah Eliza Jane, Penerbit Filem Captain Denil, and Pengasas Women Entrepreneurs Consortium Prof. Dr. Liana Lim.
Jegathisan Sivanesan, wartawan yang turut sama hadir semasa sesi tayangan filem itu berkongsi bahawa filem itu mempunya unsur mendidik masyarakat.
“Bagus juga filem ni, ada elemen mendidik, pelakon-pelakon juga pandai memainkan watak masing-masing, semua scene lakonan nampak neutral dan semua patut hadir menonton filem ini kelak,” katanya kepada New Sabah News.
Antara yang menyokong filem ‘Oppa’ ialah Komuniti Desa Madani Kampung Natai, Homestay Desa Cinta Kobuni , Persatuan Wanita Berdikari, IKSNita, Kancil Moderna Family, KKHS, SMK Lokyuk, Kian Kok, Tshung Tsin, Maktab Sabah, SK Sembulan, Mahsa College, Kolej Teknologi Yayasan Sabah, UMS , JKKN , PDRM , IPK, Karyawan Square, Persatuan Bakat Screen Sabah (Sabah Screen Talent), Persatuan Bakat Seni & Kreatif(PBSKS), Sepertiga, EasyProEvents, Arcadia Gate Pictures, Jsam Production, AKP production.
