2,515 Sertai MAPPA XX Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 2,515 peserta dari sektor kerajaan dan orang awam telah mengambil bahagian dalam Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA XX) Zon Sabah ke-20 yang berlangsung di Stadium Likas, di sini malam tadi.

Larian tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu lima kilometer dan 10 kilometer dan kesemua peserta dilepaskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Kira-kira 1,700 peserta menyertai larian sejauh lima kilometer manakala 815 lagi menyertai kategori 10 kilometer. 

MAPPA XX dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui  Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Sabah. 

Hadir sama ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Seri Christina Liew, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam  (Pembangunan) Datuk Dr. Mohd Bakhari Ismail dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Seri Rosli Isa. 

Tinggalkan komen