Jamuan rakyat untuk semua di Kaiduan

Oleh: Zacherlyn Ad

Armizan membonceng motosikal bersama konvoi penduduk kampung

PAPAR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali meluangkan masa bersama lebih 1,000 penduduk Mukim Kaiduan dalam Jamuan Rakyat sempena Majlis Penyerahan Kampung Angkat Madani, di sini, hari ini.

Armizan (tiga dari kiri)

Ahli Parlimen Papar itu juga turut meluangkan masa bersama penduduk kampung dalam acara sukaneka tarik tali dan konvoi bersama 30 buah motosikal.

Jamuan rakyat bersama lebih 1,000 penduduk Mukim Kaiduan

Aktiviti ramah mesra itu turut membawa seribu makna kepada penduduk Mukim Kaiduan, terutama sekali selepas pelbagai projek pembangunan infrastruktur dan sosial siap dilaksanakan bagi manfaat mereka.

Duduk bersila, makan, Armizan dekati penduduk Mukim Kaiduan

Armizan turut melawat SK Kaiduan dan hadir merasmikan surau yang juga merupakan antara projek dalam senarai Kampung Angkat Madani KPDN.

Tinggalkan komen