2.13 kilogram syabu dirampas dengan nilai RM74,500

TAWAU: Tiga suspek ditahan bersama dua bungkusan plastik berjaik ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat keseluruhan 2129.86 gram dengan nilai keseluruhan berjumlah RM74,500.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah membuat serbuan di sebuah bilik stor bengkel dan menangkap kesemua suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Seorang lelaki bernangsa Cina, manakala dua lagi lelaki berbangsa Bugis ditemui dalam keadaan mencurigakan semasa serbuan di stor bengkel sekitar pukul 11.30 pagi di Kampung Tator Hill Top dan kita meranpas satu kotak berwarna conlat berselotep putih yang berisi dua bungkusan plastik dan kita syaki syabu.

“Selepas soal siasat kita kemudian menangkap satu lagi suspek lelaki berbangsa Cina di perkarangan lapangan terbang kerana disyaki terlibat dalam kes serbuan dan tangkapan pertama,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Kesemua suspek ditahan berumur dalam lingkungan 29 hingga 64 tahun.

“Ketiga-tiga suspek yang ditangkap semasa serbuan pertama tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau manakala suspek keempat mempunyai dua rekod lampau iaitu Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506/324 Kanun Keseksaan.

“Ujian saringan awal mendapati kesemua suspek negatif dadah dan kesemua kini ditahan reman selama tujuh hari bermula tarikh tangkapan (Rabu, 9 Julai),” katanya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tinggalkan komen