ReDI, kukuh jaringan komuniti tanpa tunai: KPDN

Oleh: Zacherlyn Ad

PAPAR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memberitahu bahawa kementeriannya sentiasa komited dalam usaha meperkasa sektor peruncitan tempatan menerusi Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI).

“ReDI ini kita perkenalkan sebagai sebuah bentuk urus niaga secara digital, khususnya penggunaan e-wallet dalam kalangan peniaga terutamanya di luar bandar.

“Langkah proaktif ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peniaga luar bandar berhubung pengoperasuan perniagaan berkonsepkan digital.

“Urus niaga akan guna konsep e-wallet dan transaksi ini sekaligus mewujudkan ekosistem masyarakat tanpa tunai,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir melepaskan siri Kembara ReDI Borneo 2025 di sini, pagi tadi.

Kembara ReDI Borneo 2025 berlangsung selama 10 hari dan sudah bermula pada 26 Jun lalu di lokasi pertama, Sematan, Sarawak.

Lokasi terakhir dijadualkan pada 5 Julai, di Tawau, Sabah.

Tambah Armizan, inisiatif ReDI akan menawarkan pengurusan kewangan efisien, peluang perkembangan perniagaan, kepelbagaian pilihan pembayaran dan pengurusan inventori untuk manfaat para peniaga.

“Usaha ini dilaksanakan melalui sokongan dan kerjasama rakan strategik termasuk Bank Negara Malaysia, PayNet dan syarikat penyedia e-wallet yang berdaftar seperti Touch&Go w-wallet, GrabPay, ShopeePay, MAE Maybank, Boost dan SPay Global,” katanya lagi.

Menurut Armizan, KPDN telah membantu 22,368 peniaga untuk berdaftar dengan e-wallet seluruh negara.

“Sejak dilancarkan pada 27 Ogos 2022, kita sudah membantu banyak peniaga dan jumlah tersebut adalah melebihi sasaran 100 peratus iaitu 15,000 peniaga berdaftar menjelang 2025 seperti ya g ditetapkan di bawah RMK-12.

“Sejak awal tahun hingga penghujung Mei 2025, kita merekodkan seramai 3,229 peniaga di seluruh negara dan untuk Sabah sahaja ada seramai 1,120, manakala Sarawak pula seramai 1,799 peniaga,” jelasnya.

Setakat hari ini (hari kelima) Kembara ReDI Borneo 2025 dilaksanakan, seramai 3,708 peniaga berdaftar di Sabah dan Sarawak. 

Armizan melawat Pasar Am Papar

Terdahulu, Armizan turut meluangkan masa hadir ke Pasar Awam Papar dan mewarnai lukisan mural dinding di sana.

Tinggalkan komen