Aktiviti pukat jerut bilis tumpas

Oleh: M. Sharil Kamarul Rizzan

LAHAD DATU: Dua bot nelayan yang pukat jerut bilis ditahan kerana beroperasi di kawasan larangan yang ditetapkan sebagai kawasan pemuliharaan sumber laut, di perairan Tabawan, Kunak, malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali, berkata pasukan bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Maritim telah menahan kedua dua kapal itu secara berasingan pada pukul 11.30 pagi dalam operasi PLUTO TIMUR dan operasi TIRIS 3.0.

“Siasatan mendapati kapal bertama dikendali oleh dua warga tempatan berusia 31 dan 39 tahun bersama dua warga Filipina berusia 28 tahun dan 64 tahun.

“Sementara itu, kapal kedua dikendalikan dua warga tempatan berusia 21 tahun dan 39 tahun bersama dua warga Filipina berusia 28 tahun dan 65 tahun,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua bot yang ditahan itu masing-masing mambawa hasil tangkapan sebanyak lima kilogram dan empat kilogram.

“Kesemua kru memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan kesemua kru dinawa ke jeti untuk tujuan siasatan lanjut.

“Kita akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kapal nelayan yang ingkar dengan syarat lesen, khususnya menangkap ikan dalam zon larangan,” katanya lagi.

Tinggalkan komen