Sisters In Islam didaftar sebagai SIS Forum Malaysia: Armizan

Oleh: Zacherlyn Ad

KOTA KINABALU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali memberitahu bahawa Sisters In Islam (SIS) adalah didaftarkan atas nama SIS Forum Malaysia pada tahun 1993.

“Saya ambil maklum isu berkenaan SIS dan kita telah membuat semakan, memang ada satu pendaftaran pada tahun 1993 yang didaftrakan satu Syarikat Berhak Menurut Jaminan (Company Limited by Guarantee, CLBG), dibawah akta syarikat 2016 berdata sebagai CLBG atas nama SIS Forum Malaysia.

“Jadi pendaftaran di bawah akta itu tidak menggunakan nama Sisters In Islam, dia gunakan SIS Forum Malaysia, dan sebenarnya perkataan Islam itu dibawah garis panduan akta syarikat, kita letakkannya sebagai salah satu perkataan yang dikawal,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam sebuah sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Armizan, perkataan Islam tertakluk dalam garis panduan yang mana permohonan untuk menggunakan perkataan itu dalam hal seumpama ini perlu merujuk kepada agensi berkaitan.

“Kita akan rujuk pada agensi berkaitan macam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kerana apa-apa yang menyentuh atau mengulas berkaitan Islam, memang begini caranya.

“Kesimpulannya dari segi bidang kuasa kita di KPDN, khususnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pendaftaran yang diperbadankab pada tahun 1993 itu tidak ada perkataan Islam,” katanya lagi.

Dua hari lalu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan satu fatwa Selangor yang mengisytiharkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat dan tidak boleh diguna pakai terhadap Sisters in Islam (SIS) Forum Malaysia.

Tinggalkan komen