Dua cedera selepas lori bawa 45 tong gas LPG terbakar

Oleh: M. Sharil Kamarul Rizzan

SANDAKAN: Dua lelaki cedera selepas lori 1.5 tan jenis Isuzu dengan muatan 45 tong gas LPG musnah terbakar di Jalan Damai, dekat Taman Kim Jaiyen, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, PBKI Chauslim Sumsubil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.09 pagi.

“Seramai sembilan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bersama tiga jentera FRT, EMRS dan Water Tanker, dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kita dapati lori tersebut terbakar sepenuhnya dan dua orang mangsa yang kita selamatkan ini turut melecur.

“Seorang adalah pemandu lori berusia 50 tahun melecur di bahagian bahu dan tangan, manakala seorang lagi adalah kalindan, warga Indonesia turut melecur tangan kanan,” katanya. 

Kedua-dua mangsa digegaskan untuk tujuan rawatan lanjut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Operasi kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 11.22 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 12.14 tengah hari.

Tinggalkan komen