GAMMAS bakal adakan perhimpunan aman, sokong Kerajaan Negeri

KOTA KINABALU: Gerakan Anak Muda Dan Mahasiswa Anak Sabah (GAMMAS) bakal mengadakan sebuah perhimpunan aman bagi menzahirkan sokongan

kepada Kerajaan Negeri Sabah, pada 21  dan 22 Jun 2025 di Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Perhimpunan aman yang disertai oleh mahasiswa dan anak-anak muda Sabah itu akan bermula pada pukul 2.00 petang.

“Notis perhimpunan juga telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu pada 16 Jun lalu.

“Meskipun perhimpunan ini cuba dihalang oleh beberapa pihak namun perhimpunan ini tetap akan diteruskan.

“Tujuan perhimpunan ini diadakan bukan mahu menyaingi perhimpunan gempur rasuah 2.0 anjuran Suara Mahasiswa UMS sebaliknya ingin memberi penerangan kepada umum bahawa majoriti pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebenarnya tidak menyokong perhimpunan yang dianjurkan oleh Suara Mahasiswa UMS,” kata GAMMAS dalam sebuah kenyataan media di sini, hari ini.

Antara tujuan utama perhimpunan itu adalah untuk menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan kerajaan GRS-PH agar terus diberikan mandat mentadbir negeri Sabah.

“Kita sokong kerajaan kerana telah bertindak dengan amat baik bagi menjaga kebajikan mahasiswa dan anak muda Sabah melalui program bantuan melalui one-off sekali bayar RM300 iaitu program SENTOSA bagi mereka yang belajar di Sabah, bantuan RM1,500 hingga 2,000 program BUDI, tiket penerbangan (SUBFLY) bantuan biasiswa sehingga RM50 juta, bantuan laptop dan bantuan lainnya.

“Kerajaan GRS-PH juga telah menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di Sabah apabila kilang Kibing dan Nexilis telah berjaya dibina di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP).

“Kita juga mahu mempertahan Institusi Istana yang menjadi simbol perpaduan kepada pelbagai etnik, agama dan kaum di Sabah agar tidak terus dihina khususnya bagi mereka yang mempunyai agenda jahat bermotifkan politik dan bagi mereka yang berasal dari semenanjung Malaysia.

“Akhir sekali, kita ingin kesaksaman dalam membanteras salah laku rasuah mengikut peruntukan undang-undang atas dasar itu SPRM wajib membuka semua kertas siasatan rasuah peruntukan luar bandar berjumlah RM1.5 billion ke atas Datuk Seri Shafie Apdal,” katanya lagi.

Tinggalkan komen