PM zahir ucapan Selamat Hari Wartawan

Oleh: Zacherlyn Ad

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada semua wartawan dan pengamal media yang bekerja keras dalam menyampaikan pelaporan berita kepada audien.

“Selamat Hari Wartawan kepada semua rakan-rakan wartawan yang sememangnya punyai tugas yang sangat luar biasa.

“Tugas yang sangat penting untuk melaporkan kepada rakyat dan inilah pengorbanan serta komitmen mereka, terima kasih kita ucapkan kepada semua wartawan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sesi Pertemuan Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Sabah di sini, malam tadi.

Anwar turut meminta agar semua wartawan dan pengamal media untuk terus semangat dalam menjalankan tugas.

“Terima kasih kepada semua wartawan dan kita mohon supaya mereka bekerja dengan penuh semangat untuk menjayakan negeri Sabah dan negara Malaysia,” ujar beliau lagi.

Tinggalkan komen