Lelaki ditahan, menyamar identiti sebagai polis trafik

LAHAD DATU: Seorang lelaki yang dikehendaki berjaya ditahan Polis Daerah Lahad Datu menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Lahad Datu, kerana disyaki terlibat kes penyamaran identiti sebagai pegawai polis trafik.

“Lelali itu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes penyamaran sebagai pegawai polis trafik dan merupakan saksi kemalangan yang berlaku di jalan raya di Ladang Giram Kunak pada 03 Februari 2025.

“Selepas itu, suspek telah menawarkan kepada mangsa untuk menyelesaikan kes kemalangan tersebut dengan meminta wang pampasan daripada mangsa untuk kos pembaikan.

“Namun, mangsa mendapati suspek bukan seorang pegawai polis dan syaki telah ditipu,” jelas kenyataan dalam lama media sosial Polis Daerah Lahad Datu, di sini, pagi tadi.

Suspek juga telah disenaraihitamkan dan memiliki dua rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan.

Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini untuk siasatan lanjut.

Tinggalkan komen