Dua lelaki ditahan, samun dan cederakan mangsa

LAHAD DATU: Dua lelaki warga tempatan ditahan Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu kerana disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan tanpa senjata yang melibatkan seorang mangsa, peniaga lelaki berusia 35 tahun di Kampung Binuang, sekitar pukul enam pagi, kelmarin.

“Mangsa diserang oleh suspek dikenali bersama rakan suspek sebelum motorsikal miliknya dilarikan.

“Mangsa mengalami kecederaan di dada, bahu dan tangan.

“Kedua-dua suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan pada malam 26 dan awal pagi 27 Mei dan satu daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan di laman media sosial Facebook Polis Daerah Lahad Datu di sini, pagi tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat bagi tujuan siasatan lanjut.

Tinggalkan komen