Lelaki ditahan rogol rakan sekerja

LAHAD DATU: Seorang lelaki bukan warganegara berumur 25 tahun ditahan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Lahad Datu kerana didakwa merogol rakan sekerjanya di kawasan semak dan rumah kebun di Lok Bangak, Bagahak, di sini, pagi Sabtu.

“Seorang wanita tempatan berumur 35 tahun telah tampil membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki dikenali sebagai rakan sekerja.

“Susulan daripada laporan itu, polis bertindak menahan suspek malam tadi, sekitar pukul 10 malam bagi tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan di lama Facebook Polis Daerah Lahad Datu, di sini, pagi tadi.

Siasatan lanjut berkaitan kejadian yang dilaporkan dan permohonan reman ke atas suspek dibuat di Mahkamah Lahad Datu pada 26 Mei 2025 .

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Tinggalkan komen