Dua syarikat minyak antarabangsa kerjasama dengan syarikat tempatan

KOTA KINABALU: Dua syarikat perkhidmatan minyak dan gas antarabangsa,  Halliburton dan Kumpulan DPI bekerjasama dengan syarikat tempatan, Jalinan  Enigma Sdn. Bhd. untuk menawarkan penyelesaian bagi sektor minyak dan gas di Sabah. 

Delegasi dari ketiga-tiga syarikat, yang diketuai oleh Naib Presiden Kanan Halliburton Asia Pasifik, Martin White memaklumkan perkara itu kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor semasa  mereka bertemu di Menara Kinabalu, di sini pada Selasa.

Mereka turut memaklumkan kepada Hajiji mengenai skop kerja yang merangkumi intervensi, pengurusan pasir dan air untuk meningkatkan pengeluaran telaga.

Hadir sama dalam delegasi tersebut ialah Pengarah Urusan DPI Group KY Doucet dan  Pengerusi Jalinan Enigma Yong Khen San serta pengarah-pengarahnya, Kurunsikumaran, Abdul Fatakh Othman dan Clive Jublee. 

Tinggalkan komen