962 bakal jemaah dari Sabah akan tunai ibadah Haji 2025

KOTA KINABALU: Seramai 962 bakal jemaah haji dari Sabah akan menunaikan ibadah tersebut tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghantar 137 bakal jemaah haji untuk kumpulan pertama berlepas ke Tanah Suci.

Hajiji turut menyampaikan sumbangan kepada para jemaah tersebut semasa hadir dalam satu majlis yang  diadakan di Bangunan Tabung Haji di Sembulan, di sini malam tadi.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Ariffin Arif dan Setiausaha Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.  

Tinggalkan komen