Sabah Softwooods bayar dividen RM70 juta

KOTA KINABALU: Sabah Softwoods Berhad membayar dividen sebanyak RM 70 juta untuk tahun 2024 kepada pemegang saham terbesarnya, Innoprise Corporation Sdn Bhd, anak syarikat pelaburan Yayasan Sabah. 

Replika cek diserahkan oleh Pengerusi Sabah Softwoods, Datuk Mohd Arsad Bestari kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

Penyerahan itu berlangsung di Menara Kinabalu, hari ini. 

Hadir sama ialah Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. Datuk Jasnih Daya, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Softwoods Berhad Datuk Mohd Daud Tampokong serta ahli-ahli Lembaga Pengarah Sabah Softwoods. 

Tinggalkan komen