KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan notis berkenaan sebuah kejadian gempa bumi sederhana yang berlaku di Laut Banda.
“Gempa itu berlaku kira-kira pukul 8.50 pagi tadi iaitu di parameter 7.2° Selatan 126.2° Timur dengan jarak kedalaman 442km Timur Laut dari Kupang, Indonesia.
“Walau bagaimanapun, gempa bumi itu dijangka tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya dalam sebuah kenyataan media, hari ini.
Perkembangan lanjut atau maklumat tambahan akan dikongsikan dari semasa ke semasa di laman sesawang METMalaysia.
