Hajiji terima kunjungan hormat RELA

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Lokman Effendi Ramli @ Zakaria di kediaman rasminya, di Sri Gaya hari ini.

Kunjungan itu merupakan yang pertama kali  selepas dilantik memegang jawatan itu  pada 23 Disember 2024.

Rombongan itu turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Mahather Smoh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Muhamad Ghazali  Mamat @ Mansor, Pengarah Bahagian Operasi, Jimmy Anak Jupiter Sambau,  Pengarah Bahagian Pembangunan Pasukan, Md Shah Rizal Zainal dan Pengarah RELA Negeri, Darman Dabang. 

Sementara itu, Hajiji juga turut menerima kunjungan hormat daripada Penganjur Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa ke-10 yang diketuai oleh Tan Sri TC Goh. 

TC Goh yang juga Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) turut menjemput Hajiji ke perlumbaan yang akan diadakan pada 17 dan 18 Mei di Teluk Likas.

Perlumbaan itu dijangka akan disertai oleh lebih daripada 140 pasukan. 

Tinggalkan komen